Pada hari ini 27.05.2010 ( Khamis ) saya bersama dengan Timbalan Pengawai Pelajaran daerah Kudat Datu Akdan bin Datu Basran serta beberapa orang Ketua Unit dan Penyelia dari berbagai unit di Pejabat Pelajaran daerah Kudat telah menjalankan pemantauan ke sekolah-sekolah di daerah Banggi Kudat. Ini bukanlah kali pertama pemantauan dijalankan, malah bermula saja persekolahan di buka di awal tahun kami telah memantau sekolah-sekolah ini.
Hasil dapatan dari pemantauan ini kami jadikan bahan untuk penambahbaikan sistem di sekolah-sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, selagi kita bernama manusia tetap sahaja ada kekurangannya di sana-sini.
Walau dengan pemantauan yang bertubi-tubi kami jalankan ke pulau ini, namun kami seperti anjing menyalak bukit.
Akhirnya apabila satu rombongan jemaah nazir bertandang ke pulau ini, barulah mereka menggelabah. Menyalahkan satu sama lain.
Kerana itulah hari ini kami menjalankan pemantauan untuk membuktikan bahawa kedegilan sesetengah guru di pulau ini akan membawa padah.
Tiga buah sekolah dalam zon saya dan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kudat ialah SK. Sabur, SK. Tanjung Manawali dan SK. Pulau Tigabu.
SK. Sabur hanya 7/23 guru, SK tanjung Manawali 3/11 orang dan SK. Pulau Tigabu : 13/16 orang. Tindakan perlu diambil untuk membendung tabiat guru-guru yang tidak bertanggungjawab ini dari terus berleluasa.
Sebenarnya untuk mendidik diri menjadi orang yang bertanggunjawab bukan susah, semuanya
ada dalam diri sendiri. Jika tidak selesa berada di sekolah-sekolah tersebut buatlah keputusan untuk memohon pindah. Jangan biarkan anak-anak di sekolah ini terbiar seperti puluhan tahun yang lalu. Tepuk dada tanya selera.
Rabu, 26 Mei 2010
Langgan:
Catatan (Atom)