Isnin, 26 April 2010

Jom Ke Pulau Banggi








Ini adalah sebuah bangunan di SK. Kapitangan Banggi yang menempatkan Kelas Pemulihan.


Perhatikan Tiang bangunan yang terpaksa disokong untuk terus berdiri oleh batang-batang kayu yang panjang itu. Kalau tidak mungkin bangunan ini sudah menyembah bumi. Tahniah di atas insiatif guru-guru di sekolah ini yang terus berusaha supaya bangunan ini tetap tegak dan boleh diguna.


Ini pula pemandangan di SK. Loktohug Banggi.

Wakaf

Pada 24.04.2010 bertempat di Masjid Asyakirin Kudat telah dilangsungkan satu majlis Pelancaran Skim Wakaf Pembangunan dan Keceriaan Masjid Asy- Sayakirin Kudat. Tujuannya adalah untuk mengumpul dana dari umat Islam di daerah ini untuk membangunkan keceriaan masjid. Majlis pelancaran ini di rasmikan oleh YB Abd Mijul bin Hj Unaini, ADUN N1 Banggi. Saya berpendapat ianya suatu usaha yang baik dan perlu diberi sokongan oleh semua lapisan masyarakat di daerah ini. Walau bagaimanapun suatu pemandangan yang kurang menyenangkan saya ketika berada di majlis ialah tentang kehadiran muslimin dan muslimat yang tidakpun sampai seratus orang. Rata-rata yang hadir pada malam itu terdiri daripada ustaz-ustaz yang berasal dari semenanjung. Mana perginya pemimpin-pemimpin Islam di daerah ini? Takkanlah diam diri saja, melihat orang lain bertungkus-lumus memajukan Rumah Ibadat kita. Janganlah sentiasa menunggu kerajaan bagi projek untuk memperbaiki majsid. Kita pun kalau bersatu hati, apa saja yang dirancang boleh dijayakan. Setiap sen yang kita sumbang untuk pembangunan dan keceriaan masjid akan mendapat ganjaran dariNya. Seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi Masjid, banyak rancangan yang hendak mereka laksanakan di situ. Oleh itu sokonglah mereka dan bantulah mereka. kalau bukan kita, siapalah lagi.