Selasa, 6 April 2010

KENAPA ORANG SUNGAI DIPANGGIL ORANG SUNGAI







Anda perhatikan gambar di atas. Adakah anda nampak suatu perbezaan. Tentu sekali tidak. Mereka sama juga dengan manusia yang lain. Tetapi mengapa mereka dipanggil orang sungai ? Ceritanya bermula dari sebuah kaum tertua di Negeri Sabah iaitu Kaum Dusun. Berlaku penghijrahan ahli-ahli dalam kaum ini ke suatu kawasan dan mereka membentuk satu komuniti yang dipanggil Tombonuo. Kaum ini mendiami pinggir-pinggir hutan dengan bekerja sebagai petani. Dari kaum ini berlaku lagi penghijrahan ahli-ahlinya ke kawasan pinggir-pinggir sungai. Mereka bekerja sebagai nelayan kecil-kecilan. Kumpulan ini menggelar diri mereka " Orang Sungai". Maka terbentuklah satu kaum lagi di negeri Sabah dengan nama ini. Orang Sungai beragama Islam terutama sekali yang tinggal di Sepanjang Sungai Bengkoka Pitas.


Walaupun mereka sudah memeluk agama Islam tetapi ada sebilangan dari mereka yang masih berpegang kuat dengan amalan nenek moyang mereka ( sebelum memeluk Islam ) Sebab itu sebut saja Orang Sungai, akan terbayang diminda kita ilmu-ilmu hitam yang amat menggerunkan. Tapi itu dulu. Sekarang ini oleh kerana kefahaman terhadap agama telah mendalam maka pengamalan terhadap ilmu-ilmu tersebut makin berkurangan.

Pengenalan


Blog ini saya abadikan untuk bangsaku yang bergelar " orang sungai " dan untuk mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang suku kaum ini. Semoga dengan kehadiran blog yang tidak seberapa ini akan dapat menyatukan persahabatan diantara sesama ahli dalam kaum ini dan juga lebih mengeratkan lagi hubungan dengan kaum-kaum lain di negeri sabah khasnya dan di Malaysia amnya.