Selasa, 13 April 2010

Demam Piala Dunia





Entah apa sudah jadi dengan member-member aku di pejabat, menjelang piala dunia kali ini mereka terlalu banyak mengadakan perlawanan bola dengan agensi-agensi lain.



Dalam seminggu samapi dua kali perlawanan persahabatan diadakan. Mungkin mereka demam agaknya. Cubalah perhatikan gambar-gambar yang aku sertakan ini.

Siapalah aku

Ketika berada di tingkatan 1 dulu, Guru Kelas ku pernah bertanya tentang bangsaku. Guruku waktu itu berasal dari semenanjung Malaysia. Dengan selamba aku menjawab bahawa aku berbangsa Melayu. Guruku itu tertawa lalu memberitahu aku bahawa aku bukanlah berbangsa Melayu. Kawan-kawan ketawa mengejek. Aku menjadi malu semalu-malunya. Sejak dari peristiwa itu, aku tidak lagi mengaku aku berbangsa Melayu. Aku beragama Islam tapi bukan Melayu. Kerana Islam itu bukan milik orang Melayu. Tetapi situasi akan berbeza jika ada saudara baru yang memeluk Agama Islam, orang di sini akan sebut: dia sudah masuk Melayu.
Mereka tidak dapat membezakan mana bangsa dan mana agama, mana melayu dan mana Islamnya. Kekadang bebuih mulut untuk menjelaskannya.

Tapi yang jelas, sejak di tegur oleh guruku itu, apa sahaja borang-borang yang aku isi yang memerlukan aku menulis bangsaku, aku akan menulis bangsaku Sungai. Kalau tidak tercatat nama bangsaku ini aku lebih gembira melebelkan bangsaku lain-lain atau bumiputera sabah. Namun untuk meletakkan bangsaku melayu tidak sekali-kali kerana ianya akan memalukan diri sendiri.